Sunday 9 July 2017

Pengenalan Makanan Di Malaysia

Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan. Malaysia yang mempunyai banyak negeri sememangnya mempunyai pelbagai jenis bangsa dan budaya. Makanan merupakan salah satu perkara yang dapat menyatukan rakyat malaysia menjadi 1 Malaysia.



Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai budaya yang agak unik. Antaranya ialah budaya makanan.Gabungan makanan bagi kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada hidangan Malaysia.



Budaya makanan Melayu mempunyai keunikan yang tersendiri. Bagi budaya makanan masyarakat Melayu, pelbagai lauk-pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan sajian nasi. Nasi merupakan makanan utama rakyat Malaysia dan masyarakat Melayu amnya.

Tidak dinafikan juga budaya makanan masyarakat Cina turut mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bahan utama dalam menu masyrakat Cina ialah bahan soya yang terdiri daripada tahu, taucu, dan kicap soya serta lain-lain. Bahan ini kemudian akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh kaum Melayu seperti kayu manis, daun ketumbar dan sebagainya.





Bagi masyarakat India pula, elemen yang menggambarkan keunikan makanan kaum tersebut ialah penggunaan daun pisang sebagai alas makanan bagi menggantikan pinggan mangkuk. Daun hijau yang beraroma itu bukan sahaja memudahkan proses menghidang makanan bahkan membangkitkan selera.

PENGENALAN ADMIN

MUHAMMAD FARID BIN ABU HASSAN
UMUR : 24 TAHUN
STATUS : BUJANG

MOHAMAD AIMULLAH AL-HAFIZ BIN GHANI
UMUR : 24
STATUS : BUJANG

CHE WAN MOHAMMAD BIN CHE WAN ABDUL RANI
UMUR : 23 
STATUS BUJANG

Blended

Step 1: Select The "Load Files into Stack" Command Step 2: Select Your Images Step 3: Viewing The Images Into Photoshop Sin...